Home » , , » Panduan Melawat Wilayah Satun Thailand

Panduan Melawat Wilayah Satun Thailand


Wilayah Satun , terletak di Selatan Barat Thailand.Satun adalah wilayah yang kecil dan tenang.Bandar Satun juga dikenali sebagai " Clean City" , "Serenity", Prisitine Nature ( Bandar Bersih , Ketenangan dan Alam Semulajadi )
BACA DISIN UNTUK INFO TERKINI 2015

Book Hotel dan resort
Tiket feri ke Koh Lipe
Transpot dari Hat Yai ke Pak Bara/Koh Lipe
Whatsapp +66629728939


Wilayah Satun di hijau oleh hutan semulajadi yang belum diterokai dan pulau-pulau disekitar Laut Andaman yang belum dicemari.Wilayah ini tidak pernah digemparkan oleh serangan pengganas atau dicemari dengan pergaduhan kaum atau agama.

Wilayah Satun tidak sepopular dengan Songkhla atau tempat percutian seperti Krabi dan Phuket. Ini adalah kerana Wilayah Satun tidak dipromosikan sehebat tempat tempat percutian yang lain. Kini pihak berkuasa mula mempromosikan Wilayah Satun kepada dunia luar.

Bandar Satun terletak lebih kurang 973 kilometer ke selatan Bangkok.Penduduknya terdiri dari kebanyakan orang Islam dan dari suku Melayu Kerajaan Tua Kedah. Terdapat tujuh (7) daerah di Wilayah Satun.Daerah itu terdiri dari :-
1.Muaeng Satun
2.Khuan Don - 21Km dari bandar Satun
3.Tha Phea - 28KM dari bandar Satun
4.Khuan Kalong - 32Km dari bandar Satun
5.La-ngu - 50Km dari bandar Satun
6.Thung-Wa - 76Km dari bandar Satun
7. Manang - 60KM dari bandar Satun

Wilayah Satun Bersempandan dengan :-
1.Utara - Songkhla , Rattaphun , Phatthalung's Pa Bon and Trang's Palian
2.Selatan - Negeri Perlis Malaysia
3.Timur - Sadao (Songkhla) and Perlis Malaysia
4.Barat - Laut Adaman , Pulau Langkawi dan Lautan Hindi
Bagaimana hendak ke sana dari Malaysia
1.Berkenderaan sendiri - ikut pintu sempadan Wang Kelian
2.Van - Dari Kangar menaiki Van di Stesen Bas Kangar
3.Dari Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam :-
1. Menaiki Van Ke Hat Yai dan dari Hat Yai menaiki van atau bas ke Bandar Satun
2. Menaiki keretapi ke Hat Yai, menaiki van atau bas ke Bandar Satun

Sekiranya anda berkenderaan sendiri,dari pintu sempadan ke Bandar Satun kira kira 30Km sahaja.
Dari Bukit Kayu Hitam ke Satun melalui Hat Yai, kira kira 165Km.
UNTUK MELAWAT DAN KONVOI KE SATUN SILA BACA DISNI SELANJUTNYA
Bahasa Rasmi : 1.Bahasa Thai 
                        2.Bahasa Melayu Loghat Kedah 60%
                        3.Bahasa Inggeris 10%

Agama Rasmi : Buhdha agama rasmi Thailand tetapi 80% ~ 90% penduduk Wilayah Satun terdiri daripada                           masyarakat Islam.

Matawang : Thai Baht 
                   RM10 = Baht 95
                   *** nilai Baht lebih tinggi berbanding RM (Ogos 2013)

Tempat-Tempat Menarik Di Wilayah Satun

1.Masjid Mambang 
Sebuah masjid yang tercantik di Thailand.Senireka yang menarik dan dihiasi dengan marmar yang bermutu tinggi.Masjid ini terletak di tengah tengah Bandar Satun. Terletak berhampiran Pejabat Imigresen Satun, di Jalan Buri Wanit dan Jalan Satun Tani.

2.Muzium Satun ( Kuden Mansion)
Terletak berhampiran Masjid Mambang di Jalan Satun Tani.Dibina pada tahun 1898 dan siap pada tahun 1916 oleh Phumnatphakdi atau Tunku Baharuddin Bin Tammahong ( kerabat diraja Kedah).Dibuka pada hari Rabu hingga Ahad dari jam 8.am ~ 3.00 pm. Bayaran Masuk 30 Baht.
Salah satu tempat yang mesti dilawati oleh pengunjung dari malaysia.Disini penerangan diberi dalam Bahasa Melayu. Banyak kisah sejarah Bangsa Melayu disini.

3.Thum Lot Puyu
Puyu di rujukan kepada nama sejenis ikan. Ia adalah sebuah gua di Gunung Kayang.Terletak lebih kurang 15KM dari Bandar Satun mengarah ke selatan. Untuk ke Thum Lot Puyu, anda mestilah menyewa bot panjang. Bot akan mudik sehingga ke dalam gua.


4.Thale Ban National Park
Thale Ban National Park terletak kira kira 5Km dari sempadan Wang Kelian atau 30 ke 40 Km dari Bandar Satun.Bagi pencinta alam, mereka perlu melawat Taman Negara ini.Terdapat berbagai flora dan fauna disini. Begitu juga burung burung dan binatang liar yang menghuni Taman Negara ini.Di Taman negara berkenaan ada tiga tempat yang menarik untuk di lawati :-
  1.Bueang Thale Ban - tasik air tawar yang dikelililingi hutan Bakong dan bukit bukau.Sesuai untuk berkelah dan beriadah.
  2.Namtok Ya Ron - air terjun Ya Ron. Anda boleh berkelah dan mandi manda.
  3.Namtok Ton Pilo - Air Terjun Ton Pilo. Air terjun yang cantik,panjang dan tinggi.Terdapat resort dan tapak perkhemahan yang boleh di sewa. Anda perlu menghubungi Thale Ban National Park Tel. 07472 2736-7.
 

5. Jelajah Gua 
Terdapat dua gua yang panjang dan tercantik di dunia terletak di Wilayah Satun.Kedua dua gua berkenaan terletak di Daerah Manang kira kira 60KM dari Bandar satun. 
   1. Phu Pha Phet Cave
Gua yang ketiga panjang dan tercantik didunia.Gua ini juga dikenali sebagai Daimond Cave atau Gua Berlian.Anda akan terpegun melihat keindahan ciptaan Allah. Tidak lengkap kalau melawat Satun tanpa menjelajah gua ini.Bayaran masuk 30 Baht. Sewa Lampu Suluh 20 Baht.
   2.Thum Chet Khot
Satu kelainan gua ini ialah,anda boleh jelajahi dengan berkayak menerusi Wang Sai Tong Waterfall.
Bayarannya RM50 ~ RM70
6.BERKAYAK ARUS DERAS WANG SAI TONG
Ada dua pilihan untuk berkayak disini.
- Pertama panjang 10KM dengan bayaran antara RM50.sesuai untuk kanak-kanak 9 tahun keatas dengan pengawasan dewasa hingga kepada orang dewasa.Adakala anda akan terjumpa kumpulan kayak warga Thai berkayak dengan bayi seusia 3 tahun. Terpulang kepada anda untuk membuat pilihan.Apa yang pasti ianya sangat menyeronokkan dan bersantai.

- Kedua panjang atau jarak 20KM dan melalui gua. Yang ini lebih mencabar dan perlu ketahanan mental dan fizikal.Kalau anda bukan atlik , anda akan merasai cabaran yang sungguh memenatkan.
7.PULAU PULAU PERANGINAN DAN PANTAI
Pulau atau dalam bahasa Thai disebut KOH ,contoh KOH LIPE.
Kalau nak dibandingkan populariti,Phuket menjadi pilihan.Akan tetapi Phuket sudah terkenal dan dilawati oleh jutaan perlancong dari serata dunia. Keasliannya agak terjejas dengan kehadiran ramai pengunjung.Wilayan Satun juga tidak kurang hebatnya dengan pulau pulau dara yang belum tercemar.
Antara pulau yang boleh di lawati melalui jeti Tamalang, Chebilang atau Pak Bara adalah :-
 1. Pulau Tarutao
 2. Pulau Lidi
 3. Pulau Lipe
 4. Pulau Sarai
 5. Pulau Adang 
 6. Pulau Rawi
 7. Pulau Dong
 8. Pulau Klang
 9. Pulau Khai
 10.Pulau Bulon
 dan lain lain pulau yang berhampiran.
Anda boleh melakukan snorkeling atau scuba diving. Anda boleh pilih untuk bermalam disana dari budget resort hingga ke resort mewah. Tambang bot kesana kira kira 1000 Baht pergi balik.
Di daerah La-ngu terdapat banyak pantai untuk beriadah dan memancing.Antaranya pantai Pak Bara,akan tetapi tempat terhad untuk mandi manda.Sekiranyan ingin mandi manda anda dinasihatkan ke Pulau Peranginan dari Jeti Pak Bara.
Baca disini panduan menaiki KTM /  ETS dari KL Sentral ke Arau ke Pak Bara dan Koh Lipe
http://visitsatun.blogspot.com/2015/11/keretapi-ktm-ets-kl-arau-ke-koh-lipe.html?m=1
8.MEMANCING DI LAUT DALAM
Selain anda boleh memancing di pinggir atau tepi pantai,anda boleh menyewa bot memancing untuk ke laut dalam. Bayaran antara Rm1000 ~ RM1500 satu malam,Bot boleh dinaiki antara 10 ~ 12 orang. Untuk berjimat anda boleh menyewa bersama rakan rakan .Tidak ada yang menyesal bila pulang memancing dari Wilayah Satun.

9.Nikah Siam
Bagi rakyat Malaysia yang ingin bernikah, di Wilayah Satun juga diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.Kebanyakan rakyat Malaysia yang ingin memudahkan urusan pernikahan , ramai yang datang ke Wilayah Satun kerana bahasa Melayu orang disini amat fasih.

10.SHOPPING ATAU MEMBELI BELAH
Terdapat banyak juga pusat membeli belah disini. Biasa rakyat Malaysia membeli belah di sempadan,apakata kali ini masuk ke Bandar Satun.Terdapat tiga pasaraya yang besar disini yang menawarkan harga yang amat murah.Antaranya :-
1.Tessco Lotus
2.Makro
3.Big C
Anda juga boleh membeli belah disekitar Bandar Satun.Setiap malam minggu Sabtu malam Ahad,berhampiran Masjid Mambang terdapat Pasar malam yang besar di panggil Saturday Night Plaza.Perbagai barangan yang murah dan menarik boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.
Bagi peminat burung,disni terdapat banyak burung terdiri dari burung merbah jambul,terkukur atau murai di jual dengan harga yang murah dan berkualiti.
Anda juga boleh membeli belah hasil laut dengan harga yang murah di Bandar La-ngu kira-kira 40KM dari bandar Satun.

11. Makanan Halal
Jangan risau dengan makanan Halal di Wilayah Satun,Wilayah yang dihuni lebih dari 80% pendduduk Islam ini menyediakan perbagai masakan Thai. Anda cuma sekadar memerhatikan tanda halal atau ayat ayat Al Quran atau penjual berbahasa Melayu.Makanan laut amat popular di Pak Bara sebuah pekan kecil di daerah La-ngu.
Pantai Pak Bara 
Sepanjang lebih 2 km sepanjang pantai ,terdapat puluhan restoran masakan Islam.Anda pilihan sahaja untuk makan dimana.Semua restoran menyajikan makanan halal.

12.PENGINAPAN
Terdapat banyak Hotel dan rumah tumpangan atau resort di Bandar Satun .Anda juga boleh membuat pilihan untuk bermalam di pekan berhampiran.Harga sekitar RM40 ~ RM200 semalam.

13.NIGHT LIFE
Night life atau kehidupan malam di bandar Satun tidak semeriah di Hat Yai atau Dannok.Wilayah yang dihuni oleh penduduk Islam ini lebih gemar beriadah bersama family.Akan tetapi terdapat juga rumuh urut ,bar,disco dan pub disini.Untuk yang gemar menikmati malam terdapat perbagai pilihan disini,akan tetapi pilihan terhad di bandar Satun.
Info Untuk Night Di Satun

UNTUK KETERANGAN LANJUT DAN PANDUAN LAWATAN SILA EMAIL KE



2 ulasan:

  1. Koh Yao atau Pulau Panjang pernah pergi tak? boleh x bagi info pasal masyarakat kat Koh Yao. teringin nak ke sana

    BalasPadam

Mengenai Saya

Foto saya

  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Penulis suami isteri adalah aktivis Bahasa Melayu di Satun , Thailand. Mengajar Bahasa Melayu kepada lebih 200 pelajar berusia 5 tahun hingga 12 tahun secara percuma. Sekolah Melayu hujung minggu setiap hari Sabtu dan Ahad dikenali Tadika Misbahuddin . Terletak di Kampung Guar Ban Khuan Satun. Disamping menjadi aktivis masyarakat, kami menjalan aktiviti perlancongan bagi meneruskan kehidupan dan mencari dana untuk pembanggunan Bahasa Melayu. Jika anda menggunakan perkhidmatan perlancongan kami di Satun, anda juga sebahagian daripada kami membantu mempertahankan Bahasa Melayu. Setiap keuntungan , sebahagiannya digunakan untuk pembanggunan bahasa melayu di Satun Thailand. Anda boleh hubungi kami di WhatsApp atau HP +66629728939 / +66887553209
Facebook: Karlisa Latisya Email: karlisahalim@gmail.com